Wednesday, July 14, 2010

Hikayat Blogger Malas.

Saya sibuk. Saya tak ada masa nak update blog ni sejak setahun lepas. Ditambah pulak dengan company policy yang dah block internet waktu bekerja. Serius evil.

Sekarang, saya dah tak kerja dengan company tu lagi. Tapi saya masih dengan kerja saya yang lebih kurang macam dulu. Keluar masuk kilang kereta. Senyum-senyum tunjuk muka. Makan-makan dengan engineer. Korek apa-apa maklumat yang boleh supaya company boleh untung berjuta.

Belum dapat projek yang spesifik cuma sekarang ni ada sikit kerja untuk model baru Perodua (codename D54T). Projek model pengganti kepada MyVi yang dah nak phase out bulan Mac 2011. Model baru ini akan dilancarkan pada Mei 2011.


Ye, betul. Lebih kurang macam tu la bentuk dia. Hodoh bukan? hahaha. Serius Hodoh. Ia mungkin hodoh tapi ia juga mungkin juga lebih berkuasa. Dengar kata ada enjin 1.5. Good luck Perodua.

0 comments: